Ahad, Ogos 13, 2017

Pendedak Bersatu bertumbuk berbaling kasut malukan Mahathir. Eh Mahathir mana ada rasa malu

Begitulah ya saudara, jika ayam berkokok, ekor bergelumang tahi. Apabila orang menyokong anda, harus diingat orang mahu keyakinan dan mahu tahi yang jelas dilihat di ekor pemimpin dibersihkan.

Berbeza dengan khabar tanpa bukti di mata tentang 'tahi' yang kononnya terpalit diekor ayam jantan yang dicemburui kerana bersikap jaguh kokok dan tidak makan dedak. Haha.

Semoga semua program CAP BUNGA RAYA diselitkan dengan jualan bundle kasut selepas ini.

Baca yang ini di sini


Perhimpunan BERSATU bersumbat mulut.


Kalau pemimpin dah tenging begini, apatah pula anak-anak buahnya. Lihatlah. Tidaklah menjadi tanggungjawab pendebat kosong itu memberi kefahaman ekonomi atau apa sahaja melainkan meraikan najis najis pemuda UMNO yang kini dibuang dan dilempar ke dalam cap bunga.








Pertahankan kelestarian senibina rumah tradisional Melayu

Seni binaan rumah merupakan sebuah sanggar ketamadunan yang menjadi buah penghasilan bagi rujukan dalam menelaah nilai-nilai seni budaya sesebuah bangsa.

Kehandalan pertukangan Melayu dahulukala hari ini, dibunuh perlahan-lahan oleh trend pembinaan rumah teres dan mendapat sambutan menggalakkan bagi segmen hartanah bukan strata.


Bimbang dengan implikasi ke atas generasi depan yang timbul dari kemahiran yang hilang ini, kerajaan haruslah mempunyai usaha untuk melakukan satu revolusi ke atas senibina kediaman di negara ini.

Jika pertukangan rumah di Amerika masih berterusan dari 100 tahun lalu hingga ke hari ini dan membentuk identiti mereka tersendiri, mengapa seni kemahiran bangsa yang berusia ratusan tahun seperti dibiar mati.

Kegemilangan pertukangan Melayu dengan ciri keseniannya diakui oleh penjajah sehinggakan rumah-rumah kuarters kerajaan zaman kolonial dibina dengan menerapkan senibina rumah tradisional Melayu.

Hari ini, pembinaan rumah tradisional Melayu sangat jarang untuk ditemui dan diramalkan, menjelang 2020, (entah-entah, hari ini) tiada lagi rumah tradisional Melayu yang baru akan dibangunkan oleh orang Melayu bagi tujuan kediaman.

Maka seharusnyalah kerajaan mula memikirkan untuk mengadakan semula Rancangan Perkampungan Tersusun yang dikhususkan bagi peserta-peserta yang mahu membangunkan kediaman berekabentuk rumah tradisional Melayu, walaupun bahan binaannya tidak lagi menggunakan kayu tetapi konkrit dan batu.

Dengan cara ini juga, industri pembinaan kecil-kecilan akan mendapat manfaatnya dan pertukangan Melayu akan kembali mencorak langkah yang bersesuaian dengan zaman dan mewujudkan elemen-elemen baru kepada senibina Melayu.

Ia juga mampu mengurangkan kebergantungan rakyat kepada pembelian rumah-rumah teres yang harganya kian melambung bagaikan tiada had.

Usaha ini adalah demi memastikan senibina orang Melayu tidak mati, kaku dan stagnan yang akhirnya merugikan peradaban Melayu itu sendiri.