Sabtu, Ogos 12, 2017

Proses imigresen untuk keluar dari Singapura di Tuas kini hanya 1 minit



Jika sebelum ini, jika anda menaiki bas, masa untuk anda melepasi proses imigresen Singapura untuk balik ke Malaysia di Tuas mengambil masa antara 30 minit hingga 45 minit.

Kini dengan pengoperasian penuh autogate untuk semua pasport, tempoh itu telah berkurang menjadi 1 minit. Sebelum ini perkhidmatan tersebut hanya untuk pemegang pasport Singapura dan pas kerja sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan ialah mengikuti cara berikut.

1. Masukkan halaman passport anda ke pengimbas sehingga diminta oleh kenyataan di skrin untuk anda mengeluarkannya sebelum diproses untuk 3 hingga 4 saat dan pintu pertama terbuka.

2. Memasuki kawasan tengah autogate, anda dikehendaki menekap cap jari sehingga diminta oleh kenyataan di skrin untuk melepaskan cap jari sebelum diproses 2 hingga 3 saat dan apabila nama anda tertera di skrin, pintu kedua akan terbuka.

3. Seterusnya anda hanya perlu meninggalkan keratan kad putih di dalam kotak di hadapan anda, dan selesai. 

Beberapa cubaan sebelum ini seperti yang diarahkan oleh pihak imigresen menemui kegagalan apabila sistem tersebut nampaknya masih belum bersedia dan perlu dikemaskini.

Hari ini, dengan ketibaan di Tuas pada pukul 8:18 malam, anda mampu bertolak dari Imigresen Gelang Patah pada pukul 8:45 malam. 

Pakar ekonomi PH sebut 2020 gagal capai sasaran

Mengimbas kenyataan pakar ekonomi AMANAH , Dr. Dzulkefly yang membawa isu mentah untuk dijaja sebagai dedak cap bumbung tajam, jelas sekali beliau hanya mendedahkan satu sisi dan menyorok satu sisi lagi.


Menurut beliau, statistik menunjukkan negara tidak akan mampu mencapai tahap KDNK USD15,000 per kapita pada tahun 2020. Ringgitnya 64,500. 

Pada sisi lainnya, jurucakap PAN ini tidak menceritakan bahawa semasa Wawasan 2020 di lancarkan, nilai tukaran ringgit ke dollar ialah RM2.60. 

Bermakna sekiranya USD15,000 sasaran itu dibuat pada satu zaman yang tiada siapa mempunyai kebolehan melihat hari ini dari hari itu, nilai ringgitnya ialah RM39,000.

Setakat 2016, GDP per kapita Malaysia adalah USD11,028 atau lebih RM47,000. Angka RM39,000 itu sudah lama berlalu.


Lebih meluat, sikap pembangkang yang mengurang-ngurangkan nilai sebenar dengan niat memperlihatkan keadaan yang lebih buruk kununnya.


Apa perlu pertumbuhan tak masuk akal sekiranya kerajaan dilihat mampu menaikkan nilai ringgit perlahan-lahan jika semua instrumen kewangan dan perdagangan telah bersedia jika berkeperluan.

Dengan pertumbuhan seperti hari ini GDP per kapita dalam nilai ringgit akan mencecah RM55,000 pada tahun 2020 dan sekiranya ringgit mengukuh ke RM3.67, nilai USD15,000 tahun sebenar bagi GDP per kapita tercapai tiba-tiba.

Indikasi bandingan negara membuatkan  nilai ekonomi sesebuah negara ditukar kepada USD. Tetapi kita tidak menggunakan USD dalam berbelanja di negara ini.

Justeru jika menggunakan GDP sebagai senjata politik domestik, gunalah angka dalam nilai Ringgit kerana di situlah kira-kira pertumbuhan ekonomi mengambil tempat.