Khamis, Ogos 03, 2017

7 tahun pertama Mahathir vs 7 tahun pertama Najib

Nak kata Najib tabur dedak, teman tak dapat BR1M. Nak kata teman cybertrooper berbayar, eh, memberitahu sesuatu yang jelas tidak perlu bayaran. Melainkan bertegang urat otak merekacipta penipuan. Sebab untuk memutar belit itu lebih rumit dari untuk berterus-terang.

Najib Razak, setakat ini dipertuduh oleh pembangkang semata-mata. Penganut dewa-dewa pembangkang menerimanya bagai wahyu. Tanpa kertas pertuduhan, penganut dewa-dewa pembangkang berkelakuan seperti segalanya telah sah dari segi perundangan bahawa Najib Razak bersalah. Jika mahkamah menyatakan dia bersalah, penjarakan. Tiada pendewaan di sini. Tetapi buat masa ini, bagi orang yang beragama, tiada hak sama sekali untuk menyebut Najib bersalah hanya bersandar desas-desus dan angka-angka yang kau sendiri tak faham.

Najib Razak, sehabis baik mana pun dia lakukan, secepat mana pun 1MDB nya meraih keuntungan mengatasi kerugian dan selama mana pun pemain-pemain 1MDB pensabotaj dana negara bakal dipenjarakan, terdapat indikator jelas untuk kita sama-sama lihat.

Berikut adalah 7 tahun pertama pemerintahan Mahathir Mohamad dan 7 tahun pertama pemerintahan Najib Razak. Lihat angka-angka ekonomi hari ini yang tercatat. 


Padanlah beria-ia benar seorang berusia 92 tahun kembali terjun ke loji kumbahan politik. Ketika pemerintahannya, pinggan tak penuh. Hari ini, dulang pun melimpah. Mungkin lagi 5 tahun, besen pun tak muat. Pembohongan pembangkang tentang ekonomi memburuk sejak 2008 lagi, kekal sebagai pembohongan. 

Sebab itulah dalam saat sokongan ke atas pemerintah menjadi kritikal dan genting sekalipun, pembohong masih tak diizin Yang Maha Esa untuk memerintah negara yang diberkati doa alim ulamak terdahulu ini. Mungkin selepas kalah PRU14 ini, boleh lah ditukar nama jadi Pakatan Haprak.

Kesimpulannya, Mahathir bukan hebat mana pun.


Rafizi tuduh Mahathir pembohong, sekarang dua-dua pembohong

Rafizi yang berbohong atau Mahathir yang berbohong? Baiklah, telanlah berapa billion pun dan simpanlah jauh-jauh. Nanti sekali kau mintak maaf pendedak akan maafkan. Itulah pegangan puak yang kini syukurlah, dicuci keluar dari UMNO. Kerana di dalam UMNO, jika pemimpin benar-benar bersalah, penjara adalah tempatnya. Najib tidak terlepas. Anwar telah merasakan. Tetapi, mengapa Mahathir bebas dari dipertanggungjawabkan atas segudang skandal, salahguna kuasa, kezaliman, mewujudkan negara polis dan memangkin totalitarian? Adakah Mahathir suci? 

Nilai yang dimainkan oleh Mahathir kununnya sebagai usaha-usaha mentadbir ekonomi dan bail-out kerugian itu dan ini sangat besar berbanding nilai ekonomi pada waktu itu. Terlalu besar jika dinisbahkan dengan saiz ekonomi negara.

Inikan lagi, tergamak pula beliau hendak memainkan nilai hutang negara yang pada masa ini berada pada tahap RM 650 billion berbanding RM1,300 billion GDP dengan pertumbuhan ekonomi 4.8%.

Acapkali ekonomi Korea Selatan dibanding-bandingkan dengan negara ini. Tetapi hutang Korea Selatan yang mencecah USD 520 billion, disorok-sorok pula. Hutang Malaysia sebanyak USD 126 billion dijaja ke kampung-kampung. Membelit pemikiran puak kurang faham dan mengutip political mileage atas kebodohan pihak lain juga merupakan salah satu perbuatan berakhlak rendah.



Lebih besar saiz ekonomi negara, lebih besarlah nilai hutangnya. Jangan membelit marhaen bodoh dengan nilai yang tidak dinisbahkan dengan saiz ekonomi hari ini. Takkanlah kerja pemimpin hari ini hanya bayar hutang yang dibuat pemimpin terdahulu tanpa mendapatkan sumber lagi seperti menerbitkan bon, sukuk dan pinjaman berkaitan untuk kegunaan pembangunan hari ini? 




SKANDAL @ MACAM-MACAM SKANDAL
TUN MAHATHIR BERBOHONG, DOKUMEN BANK DUNIA BUKTIKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAB AMBIL PINJAMAN BANK DUNIA TAHUN 1999
DECEMBER 19, 2011 RAFIZIRAMLI 14 COMMENTS

KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1999.

KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]”.

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:



PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.

KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.

Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.

KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.

Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.


MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI

 YB NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI

 WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PERDAGANGAN KEADILAN


19 DISEMBER 2011 

Tidak akan berlaku reformasi politik menyeluruh selagi Mahathir bebas bermain wayang

Selagi Mahathir Mohamad masih bebas bermain opera, selagi itulah reformasi politik Malaysia tidak akan berlaku. Merujuk kepada negara Indonesia yang reformasi politiknya sejak 1998 jelas membawa kepada keterbukaan, kebebasan bersuara dan cetusan idea-idea bernas bagi kemajuan anak bangsa, malah memperkental semangat nasionalisma dan cinta negara. Tetapi di sebalik itu, apakah yang dilakukan oleh negara tersebut terhadap pemimpin pra-reformasi? Diheret ke mahkamah bagi menjawab pertuduhan-pertuduhan rasuah. 

Indonesia juga tergolong dalam Asian Economic Tiger pada pertengahan dekad 90an. Bukan hanya Malaysia seperti pendedak fikirkan. Semasa zaman Soeharto, harga makanan masih terjangkau, nilai rupiah masih kuat, tentera Indonesia megah memerangi puak pemisah di Aceh, Timor Timor dan Papua, pencakar langit mula berdiri di Jakarta dan 200 juta rakyatnya ketika itu merasai kemakmuran walaupun kebebasan dibungkam. Satu pendekatan yang memang dipelajari oleh Mahathir dan diterapkan di Malaysia.

Tetapi, tidak ada nostalgia tak tentu hala rakyat Indonesia ke atas pemerintahan Soeharto seperti mana rakyat negara ini bernostalgia dengan pemerintahan Mahathir dengan hanya melihat hasil-mahsul perbelanjaan billionan wang yang menjadi ikon 22 tahun pemerintahan Mahathir Mohamad.

Pesawat N250 buatan Indonesia tahun 1995, antara hasil pemerintahan Soeharto.



Senin 03 September 2012, 21:09 WIB

Ziarahi Soeharto, Mahathir: Kami Pasangan Pemimpin yang Serasi

- detikNews

Solo - Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, berziarah ke makam mantan Presiden Soeharto di Astana Giribangun, Karanganyar. Menurut Mahathir, Soeharto dan dirinya adalah pasangan pemimpin yang serasi. 

Selama bergaul sebagai dua pemimpin dua negara bertetangga, sang mantan orang kuat dari Malaysia itu banyak mendapatkan ilmu dari mantan orang kuat dari Indonesia tersebut.

\\\"Kami berdua pasangan pemimpin yang serasi di ASEAN. Kami sering berunding untuk menetukan kebijakan di ASEAN. Terkadang saya meminta saran kepada Pak Harto, bagaimana menjadi seorang pemimpin yang disukai oleh rakyatnya,\\\" demikian disampaikan Mahathir kepada wartawan di sela-sela kehadirannya di Astana Giribangun untuk ziarah kepada Pak Harto, Senin (3\/9\/2012).

Dia lalu menyampaikan pujian-pujiannya terhadap pribadi dan keberhasilan Soeharto selama memimpin Indonesia dan pengaruhkan terhadap ASEAN. Selain mampu menciptakan kestabilan di tingkat regional, Mahathir menilai Soeharto menghasilkan banyak produk pembangunan yang menguntungkan rakyatnya. Baca lagi


Tatkala sesudah Soeharto digulingkan, presiden Indonesia selama 33 tahun itu berdepan siasatan rasuah dan kleptokrasi melibatkan jumlah USD 15 billion hingga USD 25 billion. Tidak seperti pemimpin dunia lain yang menjauhi sosok pemimpin yang terjebak skandal rasuah dan bersikap tidak banyak komen, Mahathir lain pula ceritanya. Adakah keserasian, kekaguman dan pengakuan Mahathir bahawa Soeharto adalah gurunya turut bersangkutan dengan amalan-amalan korupsi dan kleptokrasi yang dipertuduhkan ke atas Soeharto?


Jumat , 04 Juli 2014, 00:57 WIB

Soeharto, Diktator Terkorup Sedunia Abad ke-20

Rep: C87/ Red: Citra Listya Rini

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA -- Mantan Presiden Soeharto ditempatkan sebagai Presiden terkorup sedunia berdasarkan temuan Transparency International 2004 dengan total perkiraan korupsi sebesar 15-25 miliar dolar AS.

Karena itu, Koalisi Mayarakat Sipil Melawan Lupa menyatakan menolak calon presiden (capres) yang mendukung pemberian gelar pahlawan kepada mantan Presiden Soeharto. Salah satu kasus korupsi besar yang dilakukan Soeharto yakni penggunaan Dana Reboisasi Departemen Kehutanan dan pos bantuan presiden. Baca lagi


Maka dengan itu, apakah yang dimaksudkan oleh Mahathir Mohamad dengan keserasiannya bersama Soeharto? Bersama serasi mencipta jalan bagaimana untuk mengklepet wang negara melalui kaedah-kaedah yang selamat dan licik? 

 Apa pula yang dimaksudkan oleh Mahathir apabila dia memuji keberhasilan Soeharto - sebuah bayangan bahawa tidak apa andai mengklepet billionan asalkan rakyat merasa beruntung. Beruntung apakah yang dirasakan oleh rakyat Indonesia sepanjang pemerintahan Soeharto selain kata-kata identikal dengan marhaen bodoh ekonomi di Malaysia - kos sara hidup terlalu tinggi. 

Keserasian Mahathir dan Soeharto tidak mencerminkan kebenarannya di dunia sebenar. Soeharto meninggal dunia pada 27 Januari 2008, 10 tahun selepas digulingkan, ketika masih dibicarakan. 

Mahathir pula menggunakan segala wayang operanya, terlepas dari apa-apa pertuduhan pembaziran wang rakyat dengan projek-projek merugikan dengan mencipta bentuk penswastaan yang menguntungkan kroni-kroni selama dua dasawarsa malah, sepanjang Soeharto dibicarakan, Mahathir masih berpeluang mengatur perjalanan perniagaan dan survival politik anak-anaknya.

Pertumbuhan ekonomi Indonesia dan Malaysia 1982 hingga 1997. Menyebut dasar-dasar Mahathir sebagai penyumbang kepesatan ekonomi adalah dangkal kerana pertumbuhan pesat ekonomi pada tahun 1990an adalah bersifat serantau.

Pemerintahan semula Mahathir ancaman kebebasan pasca 2003

Ketika masih seronok bersama kerajaan memerintah, pada tahun 2013 Mahathir Mohamad pernah terpacul kesalannya kerana tidak menapis internet, lalu menjadi medan menabur fitnah. 

Katanya, jika berpeluang menjadi perdana menteri semula, beliau akan melaksanakan tapisan internet bagi menangkis perlakuan fitnah (bersangkut hasut, sebar pembohongan) dan pendedahan golongan muda terhadap pornografi.

Tetapi umum tahu sejak 1999 lagi pornografi telah berleluasa di internet. Dan hari ini beliau sedang bersekongkol dengan pemfitnah sehingga puaknya sendiri mencipta tandatangan untuk petisyen dan menjaja isu 1MDB mengikut rentak pembangkang.

Ketagihan pornografi adalah berpunca dari moraliti dan nada sekat menyekat ala mengharamkan cerita hantu di zaman pemerintahan beliau hanya menyonsong pemikiran umum mengikut angin yang dikehendaki kerajaan.

Bukankah zaman Mahathir itu satu zaman yang terkebelakang? Jika isu Najib dan 1MDB serta dana-dana yang dipakai untuk kegunaan parti dan jentera pilihanraya di jaja-jaja. Hanya ketiadaan internet yang menyelamatkan Mahathir di zaman pemerintahannya.

Hari ini, partinya bersekongkol dengan parti-parti yang dibiayai pihak luar bagi menumbangkan kerajaan. 

Kagum khalayak ke atas beliau sudah tentulah hanya tersisa pada golongan yang bodoh dan mentah dalam sepak terajang politik tanah air. 

Apa lagi perlu dikagumi jika bandingan melalui indikasi-indikasi ekonomi menunjukkan negara hari ini membahagikan kekayaannya kepada rakyat lebih dari zamannya yang mana negara membuat keuntungan dengan banyak, namun rakyat hanya dapat monumen-monumen depan mata. 

Jika sekadar itu, nostalgia pemerintahan Mahathir masih menebal di jiwa pematuk dedaknya, jelas sekali satu segmen masyarakat bodoh yang dijerat elemen pendewaan sedang terbentuk di negara ini hari ini. Cerminkan diri. Siapa anda? Mahathir tidak bertanyakan ternakannya pada setiap tindak-tanduknya hari ini. Inilah parti taburan dedak yang diisi binatang.  Setidaknya UMNO masih berani menyanggah pemimpinnya jika ada tindakan tidak memihak kepada ahli secara umum. 



NASIONAL
Sudah tiba masa internet ditapis
10 NOVEMBER 2013

BANGI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya untuk isi kandungan Internet ditapis memandangkan ramai yang menyalahgunakan kemudahan itu.

Dr Mahathir berkata ini kerana, melalui Internet penyebaran fitnah, berita palsu dan bahan lucah tersebar dengan pantasnya tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

"Jika dahulu kanak-kanak serta masyarakat muda tidak berpeluang melihat gambar serta video lucah tetapi dengan adanya Internet mereka dapat melihat di mana sahaja," katanya dalam ucapan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke-16 di sini hari ini.

Beliau berkata jika dahulu penyebaran gambar lucah hanya boleh dilihat melalui akhbar dan majalah dari luar negara, namun kemasukannya boleh disekat tidak seperti Internet yang digunakan berleluasa.

Tambah beliau penyebaran bahan lucah juga menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak serta meningkatnya kes rogol dan jenayah lain.

Dr Mahathir juga tidak menafikan terdapat segelintir individu yang menggunakan Internet untuk belajar melakukan jenayah berat seperti membunuh serta merompak.

"Tidak dapat dinafikan bahawa akses kepada bahan lucah menyumbang perlakuan pelbagai jenayah yang dulunya tidak berlaku, kebanyakan gambar dan video yang tersebar juga memaparkan mengenai keganasan yang melampau dan ia mempengaruhi masyarakat," katanya.

Beliau berkata faktor ini juga boleh menyebabkan kestabilan dan keselamatan negara terancam, dengan memberikan contoh terdapat negara maju yang sistem keselamatan telah diceroboh akibat kebebasan berinternet.

Menurut beliau, walaupun semasa di peringkat awal penggunaan Internet kerajaan berjanji tidak akan menyekat penggunaannya, namun kini keadaan telah berubah dan penggunaan Internet berkembang dengan meluas. - Bernama

Mengimbas saat PKR desak keturunan Mahathir disiasat

Zahid Hamidi tidaklah dengan tidak semena-mena melempar isu basi Mahathir bin Iskandar Kutty @ Mohamad.  

Zahid ternyata sengaja memulangkan paku buah keras kepada PKR dengan memainkan semula isu yang pernah dibangkitkan pemvantu khas Ketua Pembangkang, R Suresh Kumar pada bulan Januari 2013.

Episod empat tahun lalu timbul setelah Suresh tidak berpuas hati apabila Mahathir menjawab bahawa pemberian kerakyatan ke atas pendatang tanpa izin di Sabah adalah sama seperti pemberian kerakyatan kepada orang Cina dan India pada tahun 1955.

Ini menimbulkan kemarahan kerana jelas sekali Mahathir telah mencabuli prinsip jus soli yang termaktub dalam perlembagaan berhubung pemberian kerakyatan.



February 2, 2013
‘Probe Mahathir’s citizenship’
Leven Woon

KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad should have his citizenship probed by the authorities, if he thinks that the granting of citizenship to Chinese and Indian prior to independence was wrong , said a PKR leader.

R Suresh Kumar, the special assistant to Opposition Leader Anwar Ibrahim, said this was because Mahathir was also a half Indian whose ancestors were given citizenship to become Malayan at that time.

“The full name of Mahathir is Mahathir Mohd Iskandar Kutty. The word Kutty suggests that his dad was an Indian Muslim.

“If he is questioning the granting to citizenship to Indians and Chinese before independence, then his ancestors must be investigated too. And also his own citizenship,” he said at a protest rally against Mahathir in Brickfields today.

Last month, the former premier said the granting of citizenship to Sabah immigrants during his tenure could be equated to the same policy by Malaysia’s first Prime Minister Tunku Abdul Rahman to Indian and Chinese immigrants prior to Independence.

He claimed that Tunku has awarded citizenship  even though it was not provided in the law at that  time.

“This situation came about because the Malays are generous and prepared to dilute their power, and this is very different from what happened in Sabah because they had the right to have citizenships,” he added when asked to comment on the criticisms against him regarding the granting of citizenship to immigrants in Sabah.


Various opposition leaders have since condemned Mahathir’s statements and labelled it  as inappropriate and misleading, while MCA chief Dr Chua Soi Lek said he was unsure whether Mahathir was saying that in jest or not.

Today, a group of 60 people from various NGO and political parties staged a 30-minute protest at the elephant fountain in Brickfields against Mahathir.

Holding up banners bearing Mahathir’s portraits with the captions “The nation’s traitor”, “The biggest liar”, “the most insulting individual”, they demanded an apology from the former premier within a week.

The group later lodged a police report against the Mahathir for uttering seditious statements.

Tamil Action Force deputy secretary Kannan Ramasamy pointed out that Mahathir’s claims was a non-issue because all British colonies that time had given citizenship to non-natives based on jus soli principle.

Jus soli is a right by which nationality or citizenship can be recognized to any individual born in the territory of the related state.

“A total of 42 commonwealth countries including Sri Lanka and  Jamaica have done this,” he said.

Kannan said in contrast, Mahathir’s granting of citizenship to Sabah immigrants was for the latter’s political survival because the then state ruling party, Parti Bersatu Sabah had pulled out from BN on the eve of General Election 1990.

“BN was left in lurch in Sabah because PBS joined (Tengku Razaleigh-led) Semangat 46. (Then Deputy Prime Minister)  Ghafar Baba was sent to Sabah to form Umno. But there was only 7.9 percent Malays in Sabah that time. So Mahathir began to give out citizenship to make sure he got enough Umno members.

“Today, Sabah Umno has got the largest membership as compared to other states,” he claimed.

Malaysia Indian Progressive Association’s (MIPAS) AP Raja Retinam  questioned the logic to grant citizenship to the Philippines Muslim whom,  in contrary to the pre-Independence Indian or Chinese, did not contribute to the country.

“Indians built the first road and railway. Don’t insult us by comparing us with the war refugees and illegal immigrants from Philippines in Sabah,” he said.

He said a huge rally would be held on Feb 23 at 6pm in KL and Selangor Chinese Assembly Hall to press Mahathir to retract his statement and apologise.

Meanwhile, MIPAS secretary-general S Barathidasan urged the authorities to revoke Tunship granted to Mahathir, saying that the former strongman was not fit to be a Tun.