Rabu, Julai 26, 2017

Malaysiakini (BM) tempat macai-macai bacul berkumpul

" Jika ada laporan yang sangat benar dan tidak berpihak kepada kita dari komen-komen, segera laporkan sebagai SPAM " . Mungkin itu salah satu pelajaran ketika kursus Bagaimana Mengendali Macai Tolol anjuran pembangkang.

Media pembangkang paling ulung harapan utama dunia kebebasan bersuara, juga suspek jawatankuasa penghulu macai memperbodoh Melayu buta.

Takkanlah komen fakta pun disekat. Atas tuduhan spam.


Mungkin kasar yer komen tu. Nama pun Facebook. Penulis pun komen murni-murni.


Pun kena. Maka berterusanlah pengkomen-pengkomen dalam Malaysiakini diperbodohkan oleh ketua-ketua macai cawangan. Dan mereka pun berak dalam tu dan bermain tahi sesama mereka. Jauhilah bangsat-bangsat begitu.

Dah la pemakan dedak pun sebenarnya mereka. Macai pun mereka. Terpaksa sokong Najib lagi. Sebab pembangkang dah la bodoh. Bangsat pula.

Bagi memastikan kebangagan macai kekal abadi. Pentadbirnya menyekat dari penulis menghantar komen. Nampaknya Sajat lebih berani dari Malaysiakini (BM)



Rakyat bodoh kira-kira punca Mahathir masih dipuja


Tahukah anda betapa sukarnya apabila menjadi pemimpin kepada rakyat yang bodoh ekonomi. Ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Jika ada kesantunan menghadapi caci maki, lebih bagus lagi. Bukan menjawab kepada wartawan penuh angkuh seperti " zaman nabi mana ada pisau cukur Gillete ".

Perkara paling jelas dalam menentukan tahap ketengingan rakyat dalam soal ekonomi ialah tentang inflasi. Contoh mudah boleh dilihat pada perbandingan harga minyak.

Jika dilihat, pengagum zaman diktator membandingkan betapa murah harga minyak semasa pemerintahan Mahathir. Penulis juga pernah merasakan 'murahnya' mengepam RON95 pada harga RM1.10 seliter dalam tahun 1997, sejurus sebelum krisis matawang menerpa pada bulan Julai tahun yang sama.

Tetapi adakah RM1.10 itu sama nilai kuasa belinya dengan RM1.10 hari ini? Jika dilihat, inflasi matawang USD pada tahun 2017 berbanding 1997, nilai USD 1.00 pada tahun 1997 adalah bersamaan dengan USD 1.52 pada tahun 2017. Nilai ringgit berbanding USD 1.00  pula ialah 2.50 pada tahun 1997 dan 4.30 hari ini. Oleh yang demikian, harga seliter RON95 pada tahun 1997 ialah USD 0.44 yang mana pada hari ini nilai tersebut bersamaan dengan USD 0.67. Jika diringgitkan, nilai kuasa beli RM1.03 pada ketika itu adalah bersamaan dengan RM2.87 hari ini.

Berapa pula harga RON95 hari ini? RM1.97. Mari lihat berapa nilai kuasa beli RM1.97 pada tahun 1997 itu.

Seliter RON95 2017 dalam USD
1.97÷4.3 = 0.458

Nilai USD 2017 dan 1997 USD
0.458÷1.52 = 0.301

Nilai harga minyak hari ini pada tahun 1997
0.301 x 2.50 = RM  0.75  !!!

Mengapa Mahathir tidak mampu memastikan RON95 dijual pada harga sekitar RM0.75 seliter pada waktu itu? Sebaliknya harga yang dijual pada waktu itu bernilai 33.7% lebih mahal dari hari ini secara kuasa belinya. Menambah parah, harga minyak dunia pada waktu itu ialah RM 52 setong berbanding RM 206 setong hari ini.

Bila terdengar rungutan masyarakat papa kedana dibuat-buat hari ini tentang kos sara hidup, tentu sekali hakikat paling nyata dalam menafsir kelakuan ini ialah, mereka ini terdiri dari:

1. Pekerja-pekerja yang ditipu majikan kerana diberi gaji tidak setara dengan nilai yang wajar - mungkin kerja mereka ala kadar, lalu dibayar mengikut nilai harga kerja mereka sahaja.

2. Anak-anak kroni zaman diktator yang orang tua mereka miskin teruk akibat tidak lagi mendapat projek-projek dan mereka tidak lagi semewah dahulu - kegetiran masa depan adalah hasil kufur nikmat di masa lalu.

3. Pemuka-pemuka kaki bodek yang tidak lagi mendapat apa-apa. Lalu mengeluh kesusahan rakyat melalui peranti iphone7 mereka - tiada apa yang pelik. Hipokrasi level paling tinggi sudak dipertunjukkan oleh kepala Pakatan Harapan yang baru.

Penulis suka menumpukan perkara 1 di atas. Kisah pekerja ditipu majikan mereka. Ini kerana, kerajaan memerintah telah melakukan tanggungjawabnya yang wajar dalam memastikan kakitangannya digaji selaras inflasi dan kemajuan ekonomi. Adalah bukan tanggungjawab kerajaan untuk menetapkan berapa anda si pekerja swasta patut digajikan. Andalah yang bodoh kerana tidak tahu berapa anda patut digajikan. Jadi mudahlah sang majikan menipu anda dengan memberi gaji murah dengan menuduh ekonomi lesu, pada masa yang sama membuat untung gila babi dan menari-nari melihat pekerja mereka menyalahkan kerajaan. Sudah tentulah para majikan ini mengetahui, setolol mana pekerja mereka dalam menelaah perjalanan ekonomi.

Jika dilihat dari segi penggajian oleh kerajaan ke atas kakitangannya, kita ambil contoh pada tahun 2003, seorang kerani dibayar gaji pokok RM656 sebagai gaji permulaan atau bersamaan USD 173. Mengikut kadar inflasi semasa iaitu USD 1.00 pada 2003 bersamaan USD 1.33 pada 2017, Nilai RM 656 pada tahun 2003 di tahun 2017 adalah bersamaan dengan (USD 173 x 1.33)÷4.30 = RM987. Adakah kerani baru masuk kerja di dalam perkhidmatan awam mendapat RM987 sebagai gaji permulaan? Hari ini, gaji permulaan kerani baru kerja kerajaan ialah RM1,352. Ini adalah 34.2% lebih tinggi dari 14 tahun lalu. Ia menunjukkan kemajuan ekonomi negara telah mampu membuatkan penggajian kakitangannya mendapat nilai tambah yang wajar.

Lihat pula contoh penggajian kakitangan awam sepanjang pemerintahan Mahathir yang dibangga-banggakan pelahap dedak cap Bunga Raya.

Pada tahun 1982, gaji permulaan kerani ialah RM310 (USD135) dan pada tahun 2003 pula RM656 (USD 173). Mengambil kira 1 USD 1982 bersamaan 1.92 USD 2003, gaji permulaan yang wajar selaras inflasi bagi kerani pada tahun 2003 ialah USD 259 atau RM 985 mengikut tukaran pada tahun tersebut. Bukannya RM656.

Sedangkan, pada 1982, KDNK per kapita Malaysia adalah RM 4,260 berbanding RM 16,963 pada tahun 2003 iaitu kenaikan sebanyak 298%. Manakala pasca Mahathir pula, KDNK per kapita Malaysia meningkat sebanyak 147% kepada RM 42,000 hari ini.

Menyebut kerajaan bakal muflis kerana saiz kakitangan awam yang besar di negara ini adalah luahan golongan tolol kerana penggajian kakitangan awam adalah termasuk dalam belanja mengurus Bajet tahunan di mana untuk 2017, belanja mengurus hanya 16% dari KDNK berbanding untuk tahun 2003 yang bernilai 19% dari KDNK.

Ini menunjukkan jika kerajaan hari ini mahu menggunakan peratus belanja mengurus ala Mahathir di tahun 2002 itu, gaji permulaan kerani lulusan SPM boleh dibayar RM 1,605. Tetapi apa kata pekerja swasta yang tidak pernah menyalahkan majikan mereka yang merompak mereka dengan mengkambinghitamkan kerajaan memerintah kerana mengetahui bodohnya pekerja mereka dalam isu ekonomi. Pun begitu, gaji permulaan RM 1,352 hari ini sudah cukup menunjukkan zaman kekejaman Mahathirsm sudah berlalu. 

Jelas sekali, zaman pemerintahan Mahathir bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Mungkin atas dasar menyedari ada yang mampu melakukan lebih baik darinya, Mahathir sedaya upaya membentes pengganti-penggantinya agar ketempangan pemerintahannya tidak menjadi duri dalam melunturkan pendewaan ternakan-ternakan fanatiknya yang terdiri dari pemakan dedak sebenar yang selama ini dimaksudkan olehnya. 

Mahathir, 92, diangkat mengepalai Pakatan Harapan, apa kata dunia?

Jika Najib Razak sendiri penulis merasakan sudah agak terlajak umurnya untuk terus memimpin kerajaan, apatah pula Mahathir Mohamad.

'Para layak bersara' ini seharusnya sudah siap bersedia untuk berehat dan menikmati hari-hari persaraan dengan tenang dan tidak lagi atas nama apa jua sekalipun, mencampuri corak tadbir urus sang pengganti apatah lagi apabila yang mencampuri itu juga ketika mendapat takhta eksekutif negara dahulu, membawa corak pentadbiran sendiri yang jauh lebih radikal dari pemimpin hari ini.

Lebih teruk, pada usia kurang 8 tahun mencecah 100, kobaran untuk kembali masuk ke gelanggang yang ditinggalkannya 14 tahun lalu menjadi-jadi. Modalnya sangat mudah. Selamatkan negara ini dari terus merudum dari segi apa, bagaimana, mengapa serta bila, jangan ditanya. Jawapannya sinis metafora Mahathirism dengan gaya angkuh dalam nada merendah diri.

Mengandalkan popularitinya yang dirasakan masih seperti pada hari beliau meninggalkan Perdana Putra pada 31 Oktober 2003, Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk menentang Perdana Menteri yang beliau sendiri aturkan pemasyhurannya.



Penulis merupakan pengagum Mahathir Mohamad sejak menjinakkan diri dalam politik pada usia 17 tahun. Ketika itu Menara Berkembar Petronas baru tertegak separuh. 13 tahun kemudian, ketika beliau keluar UMNO dan menulis blog, penulis masih belum menjadi ahli mana-mana parti dan sentiasa kagum dengan penulisannya.

Kejayaan Presiden baharu UMNO yang dididik Mahathir sendiri dalam membentuk kerajaan pada tahun 2013 - walaupun kemasukan semula beliau ke dalam UMNO tidak mengembalikan mandat dua pertiga yang hilang akibat permainannya pada tahun 2008 -  melegakan penulis yang mengikuti jejak Mahathir memasuki semula UMNO dengan menjadi turut serta akhirnya menjadi ahli UMNO.

Tetapi kini, apabila beliau sendiri yang 'menghalalkan' persemendaan tanpa cinta demi sebuah matlamat, penulis melihat kekaguman dan sanjungan yang dipikul bertahun-tahun khas untuk seorang negarawan ulung dihakis oleh tindak-tanduk menjengkelkan oleh si mantan sanjungan ini.

Tidaklah diketahui sama ada 1MDB sebenarnya hanyalah merupakan alasan sementara sedang dipopularkan pembangkang bagi mengukuhkan alasan untuk Mahathir berpaling tadah. Jika barisan pemain 1MDB itu dari kalangan darah daging beliau, keadaan tentu sama sekali berbeza.

Jika isu hutang negara yang meningkat gara-gara kejatuhan ringgit iaitu mencecah 70% dari GDP pada awal tahun ini, bagaimana pula ketika ringgit stabil dalam zaman pemerintahan beliau, hutang negara berada pada paras 80% daripada GDP pada tahun 1990. Malah sejak 1986 angkanya melebihi 70%.

Jika isu akaun semasa negara yang susut dari USD 39.4 billion pada tahun 2008 kepada USD 7.7 billion tahun ini, bagaimana pula dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya baki akaun semasa negara berada pada paras negatif untuk 13 tahun kewangan. Beliau juga bersara meninggalkan akaun semasa negara hanya pada nilai USD 13 billion. Yang bertanggungjawab meningkatkan jumlah di dalam akaun semasa negara adalah Pak Lah,  PM gantiannya yang kemudian dibenci olehnya.

Jika isu GST yang dipermainkan, nampaknya beliau hanya mahukan sokongan kalangan akal pendek. Ini kerana untuk meletakkan situasi ekonomi hari ini seperti zaman pemerintahannya, adalah seperti bekas pengemudi bas mini yang mempertikaikan kos penyelenggaraan bas Scania yang kini ditumpanginya dengan membandingkan kos menyelenggara bas mini melalui pengalamannya sebelum itu.

Apakah pendapatan di zamannya mampu menanggung saiz ekonomi hari ini? Masih belum puaskah khayalan Wawasan 2020 beliau yang diunjurkan lalu tanpa segan silu menunding jari ke pemimpin terkemudian kerana kononnya menjadi antara punca kegagalan wawasannya.

Bayangkan ketika beliau melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991, GDP Malaysia adalah pada RM 128 billion. Pada saat beliau melepaskan jawatan 12 tahun kemudian, GDP menokok 227% kepada RM 419 billion dan menokok 204% kepada RM1,274 billion pada tahun 2015.  Ya, jika tukaran USD ke Ringgit masih sama seperti tahun 1991 hingga ke tahun 2020, GDP pada tahun 2020 berada pada paras USD 600 billion dan GDP per kapita adalah sekitar USD 18,000. Bukankah itu sudah menepati wawasannya?

Jika beliau ada berkecenderungan membandingkan dengan kejayaan Korea Selatan meninggalkan kita, tanyalah diri sendiri mengapa dari 1982 hingga 2003, GDP Korea Selatan melonjak 373% sedangkan Malaysia hanya mampu melonjak 107%. Mungkinkah kerana mereka dipimpin 4 presiden dalam tempoh tersebut berbanding kita cuma satu?

Tanya juga mengapa ditahun 1982 semasa GDP Korea Selatan berada pada paras kita di tahun 1999, mereka telah mampu berusahasama membina Jambatan Pulau Pinang. Apa yang syarikat kita telah bina di negara lain pada tahun 1999?

Dari tahun 2003 hingga 2015, GDP Korea Selatan hanya meningkat 130% berbanding kita 204%. Ternyata titik tumpu pemerkasaan ekonomi mereka berada pada garis masa awal pemerintahan Mahathir yang ketika itu sibuk bersepak terajang di arena politik parti dan politik tempatan.

Pun begitu, saiz ekonomi negara hari ini lebih dua kali ganda besarnya dari ketika beliau melepaskan jawatan walaupun seharusnya direncat oleh drama-drama politik yang turut dicampuri beliau tanpa pernah prihatin dengan cabaran global dewasa ini antara lain kejatuhan harga minyak, harga komoditi utama, nilai ringgit dan ancaman pengganas.

Pada indikasi-indikasi ekonomi dan unjuran-unjuran badan ekonomi dunia, tiada tanda-tanda adanya kecacatan kritikal ke atas perkembangan ekonomi negara ini berbanding jika diungkit prestasi dekad pertama pemerintahan Mahathir.

Mujur sahaja sepanjang pemerintahannya, belum wujud media sosial yang jika tidak, nescaya usia pemerintahannya tamat semasa krisis UMNO 1988.

Mahathir tidak boleh berterusan terperangkap dalam zaman yang sudah terlalu lama berlalu. Buat masa ini, kepercayaan penulis diletakkan di Unit Perancang Ekonomi kerana hakikat yang jelas ialah, belum ada satu pun dari kalangan pembangkang yang mampu meyakinkan golongan yang berhati-hati dalam menetapkan sokongan. 

Paling tidak, sebuah belanjawan bayangan yang lengkap dan tidak identikal dengan kekurangan pemerintah sedia ada. Malah, 'negarawan ulung' pakar ekonomi yang mendabik dada tidak tunduk kepada IMF dahulu pun tidak mampu memberi nilai tambah pada pakatan yang hidup bermodalkan serangan peribadi dan manipulasi persepsi dan hari ini menggaru kepala melihat kepesatan ekonomi Korea Selatan yang meminjam dan melangsaikan hutang IMF saat terkena krisis ekonomi 1998.