Selasa, Julai 25, 2017

Apa itu PEMAKAN DEDAK dan MACAI

Apa itu PEMAKAN DEDAK dan apa itu MACAI ? Menurut asal muasal istilah ini, ia adalah kata hinaan bertujuan merendahkan moraliti antara dua pihak yang kita sedia maklum siapa.

PEMAKAN DEDAK adalah hinaan membinatangkan puak lain yang mereka anggap terlalu setia mempertahankan pemimpin mereka yang menurut mereka, meraih sokongan dengan menyuap wang ringgit.

MACAI pula adalah istilah lebih inferior dan simbol kedunguan, yang muncul tidak lama sebelum bermulanya era neo- Mahathirisma-en-oposisi (istilah rekaan sementara),  hinaan yang terdahulu yang dipadankan dengan ciri-ciri istilah terbaharu PEMAKAN DEDAK yang dicetus Mahathir Mohamad setelah beliau berpatah arang berkerat rotan dengan Najib Razak berhubung isu 1MDB.

Baiklah, kedua-dua istilah ini hakikatnya sama kerana merujuk kepada hinaan atas intelektualiti dan daya fikir sekelompok yang dianggap menuruti pemimpin yang salah secara melulu.

Tetapi, pihak manakah yang benar-benar layak digelar PEMAKAN DEDAK dan MACAI ini? Maka satu sampel petunjuk indikasi dari fakta seperti di bawah : 

Keterangan : Berdasarkan logika yang terserlah, kos pembinaan LRT yang bernuansa hambar dan merugikan itu lebih mahal dari MRT yang dibangunkan kira-kira 20 tahun kemudian. ( Tidak termasuk bail out RM7.3 billion nilai 2017 ke atas kerugian STAR dan PUTRA )


PEMAKAN DEDAK akan mengambil sikap tidak peduli tetapi dalam diam gelisah meminta taburan dedak-dedak dari penternak-penternak mereka dengan harapan dapat dijadikan modal dalam mematahkan pertuduhan mudah patah tersebut.

MACAI pula akan tetap komen atas dasar 'asalkan aku komen' walaupun tiada fakta mahupun kira-kira yang mampu mengalas sampukannya.

PIHAK RASIONAL pula akan diam, memberi masa untuk diri sendiri berfikir, mengkaji sendiri dalam memikirkan sebab-sebab yang mungkin seperti pemindahan teknologi, jumlah stesen, pencatutan yang tidak terkawal,  dan tidak menggelarkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai PEMAKAN DEDAK dan MACAI.

Bak kata orang London, if the cap fits, wear it. Sapa makan banyak duit haram, dia la yang susah berfikir.



P/S: BR1M tidak boleh sama sekali dikatakan dedak kerana ia ditelan oleh semua para tak mampu tanpa mengira ideologi politik mereka. Hahaha.

Geliat-geliat aneh menuju PRU 14


Assalamualaikum kepada pembaca yang masih tegar menjenguk blog bersawang ini sama ada untuk mengisi ruang waktu dengan membaca, membawa komen tiru tampal berisi kata cerca dan kenyataan-kenyataan yang tak dikepilkan huraian dan hujah yang sihat, jika ada, atau menjenguk untuk menuai untaian isi yang dirasakan boleh menjustifikasi sebab untuk sesebuah  ideologi itu dipertahankan.

Dengan mandat pemerintah bagi penggal ini yang akan berakhir kurang setahun lagi, beserta drama politik tungging tebalik, kiss and make up, kisah jerat-jerat makan tuan, ludahan-ludahan yang jatuh ke muka-muka sendiri dan pembahanaan yang bakal tercetus sekiranya pilihan yang bijak tidak dibuat dalam PRU ke 14 yang bakal menghampiri, blog ini berhasrat untuk cuba tampil aktif mengutarakan fakta-fakta untuk dipertimbangkan oleh khalayak dalam mempersiapkan jentera politik peribadi mahupun parti.

Sesungguhnya politik itu kotor. Lihat sahaja "dua musuh" yang masih mengaku musuh, bersepakat untuk menggulingkan parti memerintah pimpinan seorang ahli politik yang telah bersama mereka lebih 40 tahun di Dewan Rakyat. 

Apakah lagi, perbuatan aneh oleh seorang pesara Perdana Menteri berusia 92 tahun yang dahulunya dikagumi dan disanjungi ini, adalah sesuatu yang tidak selaras dengan aspirasi dunia baharu yang mula meletakkan pemimpin kerajaan dari kalangan separuh abad.

Rekod 'memalukan' Malaysia yang kononnya berpunca dari pimpinan Perdana Menteri sekarang nampaknya ditutup terus oleh satu rekod yang lebih mengaibkan. Menaikkan seorang yang berusia 92 tahun sebagai ketua pakatan pembangkang.

Masyarakat dunia yang rasional dan terpelajar tentu sekali mengambil masa untuk mengkaji tuduhan ke atas PM sekarang yang dilemparkan dengan leluasa. Tetapi dengan mempunyai ketua pembangkang berusia 92 tahun, mereka boleh ketawa serta merta. Sebuah negara yang mempunyai indeks modal insan yang agak tinggi, tidak mampu menghalang seorang bertaraf moyang dari kembali menyertai gelanggang silat politik sebagai ayam tambatan. 



Rujuk isi blog ini pada tahun 2008. Anda menemui fakta betapa penulis sangat tidak berkenan untuk dipimpin oleh PM hari ini.

Tetapi seperti mana drama politik kelakar yang dicetus dengan tema musuh perlu bersatu untuk menentang pihak yang dirasakan tidak betul ini, mungkin mereka tidak sedar bahawa di pihak lawan juga mungkin ada dua tiga empat pihak yang secara dasarnya tidak bersetuju banyak perkara dengan PM hari ini, tetapi memilih untuk bekerjasama di pihak pemerintah dalam memastikan persemendaan aneh yang jelik tersebut ditentang.

Lebih banyak posting akan menyusul dan selamat berbincang sesama kita.

Silalah berkomentar dengan semangat bahawa kita sesama rakyat Malaysia yang mendapat didikan terbaik dari orang tua, mempunyai misi yang sama, mahukan masa depan negara yang lebih baik. Bukan dengan cara langgar lari seperti sondolan babi. Hehehe.

P/S : Penyokong dan simpatisan ketua pembangkang baharu yang membawa modal 'jasa' dilarang komen kerana anda merasakan tanggungjawab seorang yang memerintah selama 22 tahun itu sebagai budi wajib balas atas lambang kasihnya pada anda. Sedangkan Bapa Kemerdekaan tanpa harta pun idola anda 'buang', hentikan bermain dengan perkataan 'jasa'.