Wednesday, February 19, 2014

MAS rugi RM 1170 juta , Garuda untung RM 31 juta



MAS yang mengalami kerugian 3 kali ganda berbanding kerugian 2012 pada tahun lalu, diberitakan di  DetikFinance, Indonesia sebagai bermasalah dalam menghadapi kenaikan harga bahan api. 

Malaysia Airlines menyatakan mengalami rugi besar. Sepanjang 2013 lalu, maskapai ini mengalami kerugian 1,17 miliar ringgit atau sekitar Rp 3,5 triliun.
Selasa, 18/02/2014 18:41 WIB - http://finance.detik.com


Tetapi pada 10 Februari lalu, laporan media tersebut menyebut bahawa Garuda, penerbangan GLC Indonesia, mencatat untung RM31.36 juta pada tahun lalu.

Garuda masih bisa meraup laba US$ 11,2 juta (Rp 112 miliar) di akhir 2013 meski di tengah harga avtur yang melambung gara-gara pelemahan nilai tukar rupiah.
Senin, 10/02/2014 16:56 WIB - http://finance.detik.com

Laporan berikutnya menyebutkan bahawa pendapatan Garuda Indonesia yang 50% dalam Dollar Amerika menyelamatkan Garuda dari mengalami kerugian.

Garuda Indonesia masih bisa meraup untung Rp 112 miliar di 2013, meski harga avtur melambung karena dolar yang terus menguat. Apa alasannya?
Senin, 10/02/2014 18:38 WIB - http://finance.detik.com


Namun laporan di bawah dari media yang sama turut menyebut dipetik dari Reuters bahawa MAS akan membeli 100 pesawat lagi.

Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) berencana memesan 100 pesawat baru. Maskapai asal negeri jiran ini sudah mencatat rugi dalam tiga tahun terakhir.
Rabu, 19/02/2014 11:38 WIB - http://finance.detik.com


Jadi agaknyalah mungkin MAS rugi kerana  kurang bergantung pada dollar dalam meraih pendapatan. Agaknya lah. 

Ini kerana kerugian besar berlaku MAS ketika pendapatannya naik 10% berbanding 2012 kepada RM 15 billion. Kos biaya operasi berada pada kadar RM14.9 billion dan kenaikan bahan api serta kejatuhan ringgit berbanding dollar menjadikan kerugian melebar sebesar itu.

*avtur = bahan api kapal terbang

1 comment:

Anonymous said...

Kasihan betul pengadu En. Akta Zainuzzaman yang dilayan mcm. SAMPAH oleh MAS! Maklumlah, kita RAKYAT, terutamanya yg. bukan dr. golongan ELIT, spt. Datuk-Datin atau pun Omputih, nampaknya TAK PENTING buat MAS!

MAS dan PETRONAS nampaknya seolah telah diGADAI jiwa dan semangat NASIONALISMAnya, yg. hanya mementingkan keuntungan semata-mata; tapi rakyat terutamanya kaum Bumiputera yang BUKAN elit, diTINDAS! Ini bukan tujuan Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita - beliau mahukan MAS dan PETRONAS diserap nilai NASIONALISMA utk. memperjuangkan DEB, demi kepentingan dan hak Bumiputera miskin.

Sepatutnya, setiap rakyat Malaysia, terutamanya yang miskin, warga emas dan pelajar diberi tambang DISKAUN - demi semangat NASIONALISMA kita utk. menaiki kapalterbang NEGARA MAS (bukan SWASTA dan kepunyaan orang kaya semata)! Omputih dan yg. dr. Singapura - mereka boleh naik MAS kita, sesuka hati kerana matawang mereka yg. lebih tinggi, jadi MURAH utk. mereka! Dan benarkan PARAMUGARI MAS memakai HIJAB - kerana orang Islam/Melayu adalah Bumiputera majoriti dan Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN (iaitu Malaysia adalah NEGARA ISLAM).

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).