Wednesday, July 10, 2013

Tips Sahur Untuk Tahan Puasa



Tips bersahur paling baik untuk tubuh ialah dengan membekalkan tenaga untuknya tanpa memudaratkan puasa di siang hari.

Kantong perut bersifat mudah kembang dan susah kecut. Mengembangkan perut ketika sahur akan menjadikan perut sebagai kantong kosong di tengah hari apabila semua makalan telah masuk ke usus. Itulah juga sebab kepada gejala Nasi Ganja yang kerap melanda Ipoh ketika bulan Ramadhan agaknya. 

Jika kita dapat membekalkan tenaga yang mencukupi untuk tubuh dan otak melalui makanan yang tidak perlu mengembangkan perut, nescaya puasa kita akan lebih makna.

Setelah dikaji dan dicuba, jelaslah hal yang berikut :



Sebaik-baik makanan untuk sahur adalah tamr (kurma), dan sahur dengan tamr merupakan Sunnah Nabi  berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah dari Nabi, beliau bersabda:


نِعْمَ سَحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ



“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin adalah tamr (kurma).” (HR. Abu Dawud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Ash-Shahihah no. 562 dan Shahihul Jami’ish Shaghir, 2/1146 no. 6772)


No comments: