Tuesday, July 16, 2013

Mufti Perak : Hina Ramadan Bukan Mainan



KUALA LUMPUR 16 Julai - Permohonan maaf pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee tidak mencukupi untuk meredakan kemarahan umat Islam yang tersinggung dengan perbuatan mereka mempersendakan bulan Ramadan di Facebook.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Alvin dan Vivian tidak boleh menganggap perbuatan biadab itu sebagai satu permainan sahaja.

Menurut beliau, kerajaan mesti bertindak tegas terhadap pasangan terbabit tanpa mengambil kira permohonan maaf mereka.

"Perbuatan Alvin dan Vivian jika dibiarkan boleh menimbulkan huru-hara dalam negara malah boleh mengakibatkan pertumpahan darah.

"Saya ingin bertanya apakah kerajaan pada masa ini terlalu lemah untuk melaksanakan undang-undang?" katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130716/dn_36/Perbuatan-hina-Ramadan-bukan-satu-permainan#ixzz2ZDJzbOwZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: