Wednesday, June 22, 2011

Malukan Penganjur BERSIH Dengan Penyapu

Pihak-pihak yang anti pada gerakan BERSIH yang bakal membuat kacau di ibukota di saran untuk menubuhkan pasukan gotong-royong memBERSIHkan ibukota pada tarikh tersebut sebagai jalan untuk memalukan puak-puak BERSIH yang dikepalai oleh seorang peguam anti-Islam terkenal berketurunan India.

Pihak Pemuda UMNO, PERKASA dan NGO yang bercadang untuk turut mengadakan perhimpunan menentang gerakan BERSIH ini disaran untuk membawa bersama PENYAPU, PLASTIK SAMPAH, PONGKES dan peralatan-peralatan kerja-kerja membersihkan kawasan bagi mewujudkan seolah-olah pada tarikh tersebut, gotong-royong membersihkan ibukota dari sampah sarap akan dijalankan.

Tindakan ini seperti yang disaran oleh seorang kawan teman, dapat memalukan keseluruhan anai-anai berbaju kuning dan dengan cara halus, ia dapat menjadi 'simbol' supaya golongan seperti ini patut disapu keluar dari masyarakat Malaysia yang secara tradisinya menolak demonstrasi jalanan.