Friday, August 29, 2008

Siapa Lebih Racist?

Kisah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Ipoh yang dihuni oleh majoriti orang Melayu pada hari Sabtu lalu. Dalam sebuah teres rumah dua tingkat kos rendah berhadapan sebuah kedai mamak yang sibuk dengan para pelepak, terletaknya rumah sebuah keluarga Cina yang diapit oleh rumah orang Melayu. Keluarga Cina ini mengusahakan perniagaan telur di pasar besar dan pasar-pasar malam. Sudah tentulah pelanggannya ramai yang Melayu.

Alkisah, anak perempuan Cina telur ini tinggal di rumah emaknya itu. Dia mempunyai anak lelaki yang tembam dan comel berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun. Selang tiga rumah dari rumah mereka, terdapat rumah sekeluarga Melayu yang menyewa di situ. Keluarga Melayu itu merupakan generasi kedua jiran sebelah rumah nyonya tersebut yang telah 20 tahun hidup berjiran.

Melihat anak-anak Melayu seusia dengannya seronok bermain bola dalam laman rumah yang pagarnya tertutup, anak Cina yang debab dan comel ini merapati sedikit demi sedikit. Tidak lama kemudian memerhatikan keriangan rakan sebanyanya bermain bola sambil dua tangan memegang pagar rumah keluarga Melayu itu.

Tak lama kemudian, anak Cina tersebut dilihat bermain bersama-sama anak-anak Melayu tersebut dengan riang dan gembira sambil diperhatikan oleh si ibu salah seorang anak Melayu yang dikira tuan rumah merangkap jiran Cina telur itu sekian lama.

Tetapi kegembiraan anak Cina itu tidak lama. Seketika kemudian, terdengar jeritan bagai dirasuk setan, ibu si anak Cina itu menjerit memanggil anaknya pulang. Sambil menjerit-jerit dalam bahasa Cina, si ibu itu bertambah berang apabila si anak membalas kata-katanya sambil kaki terus ghairah menyepak bola.

Setelah hilang sabar, si ibu anak Cina ini bingkas keluar dari laman rumah emaknya lalu berjalan menyeret anak kecilnya yang satu lagi menuju ke rumah Melayu tempat anaknya sedang bergembira bermain bola.

Dengan kasar dia membuka pagar rumah Melayu tersebut lalu di tampar anaknya di muka tangan dan kaki sambil mengheret anaknya keluar. Insiden ini bukan sahaja diperhatikan oleh anak-anak Melayu sebaya anaknya itu, malahan pelanggan-pelanggan kedai mamak berhadapan yang rata-ratanya dipenuhi orang Melayu.

Ibu si budak Melayu merangkap tuan rumah 'padang permainan' itu tergamam. Bagaimanakah rakan sebaya selama 20 tahun berjiran dengannya langsung tidak memandangnya dan hanya membabi buta mengambil tindakan yang diperhatikan oleh orang ramai.

Sambil membebel dalam bahasa Cina, si ibu ini berterusan menampar tangan dan badan anaknya yang debab itu. Anaknya terus menangis tetapi tetap memberi tentangan. Dia berusaha melepaskan genggaman ibunya sambil menjerit-jerit dalam bahasa Cina yang tidak difahami sesiapa yang melihat kejadian tersebut.

Setelah 'bergelut' selama beberapa minit, si ibu menengking dan si anak berjaya melepaskan genggaman si ibu dari tangannya yang berbirat ditampar-tampar. Si ibu membebel sambil menarik tangan anak kecilnya yang lagisatu lalu pulang ke rumah emaknya. Terdengar ayat yang mengandungi perkataan ' sei ' berulang kali dihambur ibunya tatkala beredar.

Si anak debabnya terus menangis, sambil memasuki laman rumah keluarga Melayu itu, menutup kembali pagar, dan terus bermain bola dalam keadaan teresak-esak.

Kami yang melihat di kedai mamak itu berasa sungguh terharu. Betapa kanak-kanak itu menentang batasan perkauman yang menjadi anutan ibunya. Anaknya itu kental dengan prinsip bahawa setiap manusia itu sama. Setiap manusia itu perlu mencari kegembiraan walaupun mendapat tentangan.

Di sebalik kibaran Jalur Gemilang di kedai mamak itu, kami terdetik bahawa jika insiden ini dijadikan iklan kemerdekaan, nescaya Yasmin Ahmad pun bungkus. Kami juga terfikir, sekiranya inilah reaksi perempuan Cina ini terhadap prinsip hidup bermasyarakat di kawasan terbuka, apa pula dogma yang di propagandakan sesama mereka dalam rumah mereka tatkala berkata tentang orang Melayu.

Persoalannya, siapakah yang lebih bersifat perkauman?